Satu kajian dijalankan Universiti Durham mendapati anjing penghidu boleh dilatih untuk mengesan seseorang itu dijangkiti malaria, walaupun tanpa sebarang simptom.

“Walaupun penemuan itu masih di peringkat awal, secara dasarnya ia telah menunjukkan anjing penghidu boleh dilatih mengesan malaria, dengan tahap ketepatan yang boleh dipercayai,” kata penyelidik universiti itu dalam kenyataan akhbar.

Menurut agensi berita Xinhua, penyelidik dijalankan menggunakan sampel stokin nilon yang dipakai kanak-kanak yang kelihatan sihat, berumur lima hingga 14 tahun di Wilayah Sungai Upper Gambia di Afrika Barat.

Sebanyak 175 sampel termasuk 30 kanak positif malaria dan selebihnya negatif.

(Foto: Sky News Youtube)

Menurut penyelidik, anjing itu dapat mengenal pasti 70 peratus sampel dijangkiti dengan tepat dan 90 peratus sampel tanpa parasit malaria.

Menurut Laporan Malaria Sedunia yang terbaru, terdapat kira-kira 216 juta kes pada 2016, peningkatan sebanyak lima juta kes berbanding tahun sebelumnya. Jumlah kematian pula seramai 445,000 orang.

(Video: Sky News Youtube)

(Bernama)

Share

VIDEO POPULAR