Kerajaan buat masa ini tidak bercadang menjadikan kesalahan rogol dalam perkahwinan sebagai suatu kesalahan kerana ia amat sukar untuk dibuktikan di mahkamah, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mohamed Hanipa Maidin.

Beliau berkata sekiranya kes berkaitan rogol dalam perkahwinan dibawa ke mahkamah, pesalah lebih cenderung untuk dilepaskan berbanding disabitkan dengan kesalahan.

“Sebab itulah kerajaan mengambil kira semua faktor dan kerajaan merasakan belum tiba masanya untuk menjadikan rogol dalam perkahwinan sebagai suatu kesalahan.

Maria Chin Abdullah (PH-Petaling Jaya) (Foto: Malay Mail)

“Bagaimanapun, sekiranya ada kes-kes yang melibatkan kekerasan rumah tangga, Seksyen 375 A Kanun Keseksaan digunakan untuk memastikan hak-hak wanita dijamin oleh pihak kerajaan,” katanya menjawab soalan Maria Chin Abdullah (PH-Petaling Jaya) mengenai pendirian kerajaan berkenaan rogol dalam perkahwinan, pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Dalam pada itu, Mohamed Hanipa turut mengalu-alukan pandangan daripada mana-mana pihak sama ada orang Islam mahupun bukan Islam bagi memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai kes rogol dalam perkahwinan kerana ia merupakan isu yang merentasi agama.

(Bernama)

Share
Tags: Kategori: Wanita

VIDEO POPULAR