Dalam budaya masyarakat China, menghormati guru dan ilmu yang diberikan merupakan sesuatu yang penting. Confucius ialah salah seorang guru yang bijaksana dalam masyarakat China kuno. Beliau dikatakan telah mengajar kira-kira 3,000 pelajar.

Kisah pertama ialah tentang  Zi You. Hanya seorang sahaja pelajarnya yang datang dari selatan China. Semasa berumur 22 tahun, Zi You telah mengembara sejauh beratus-ratus batu untuk belajar dengan Confucius. Dia ialah seorang pelajar yang teliti. Dia menggunakan buku ‘The Book of Songs’ (Shi Jing) untuk membimbing dalam pertuturannya dan ‘The Book of Rites’ (Li Ji) untuk mengawal tingkah lakunya.

Zi You mengamalkan semua ajaran Confucius. Dia dianggap sebagai salah seorang daripada sepuluh pengikut Confucius yang paling terkenal dalam kajian klasik.

“Saya yakin Zi You mampu sebarkan ilmu yang dipelajarinya ini di selatan China,” kata gurunya itu.

Dia dilantik menjadi seorang ketua di Wucheng. Zi You menguruskan bandar itu sebagai seorang ketua yang baik hati, salah satu ajaran dalam Confucius. Dia disayangi oleh seluruh penduduk di situ.

Apabila Confucius melawat Wucheng, beliau tertarik meilhat penduduk di situ hidup penuh ketamadunan. Beliau memuji sifat mulia anak didiknya itu.

Kisah kedua pula ialah tentang maharaja pertama di timur Han yang bernama Guangwu. Mahajara ini mencari seorang guru untuk anak lelakinya, Liu Zhuang. Justeru, ketua pengawalnya yang bernama He Tang telah mencadangkan bekas gurunya, Huan Rong.

Oleh sebab, pengetahuan Huan Rong yang luas dan tingkah lakunya yang terpuji, Huan dihormati sebagai seorang lelaki yang jujur dan ikhlas. Namun, anak muridnya itu memberi peringatan kepadanya.

“Orang yang bijak mungkin mempunyai prinsip dan beri perhatian secara terperinci pada sesuatu. Namun, untuk menjadi pegawai kerajaan, seseorang itu perlu lebih lebih kurang. Jangan terlalu menekan maharaja dan puteranya,” kata He Tang.

“Saya pernah menjadi guru kamu dan kamu cukup kenal diri saya. Saya menghargai tingkah laku yang bermoral dan tidak pernah bermimpi untuk menjadi pegawai kerajaan. Saya terima tawaran ini pun kerana putera raja seorang yang bijak dan perlukan seorang guru yang ikhlas. Macam mana kamu boleh jadi begitu pintar dan menyuruh saya jangan berkeras dengan maharaja?” kata Huan Rong.

Huan Rong tidak lagi berminat dengan jawatan itu, namun telah ditolak oleh maharaja. Guangwu dan Huan Rong berbinncang perkara yang diperkatakan oleh He Tang secara terperinci. Akhirnya, maharaja bersetuju dengan pandangan Huan Rong dan berterima kasih kepadanya kerana dia tidak mengubah tingkah lakunya.

Oleh itu, Huan Rong bersetuju untuk mengajar putera itu, tetapi perlu ikut syarat-syaratnya. Putera itu mempelajari Shang Shu dan ajaran-ajaran klasik lain daripada gurunya.

Sembilan tahun kemudian, putera itu menjadi antara cendekiawan terhebat pada masa itu. Sebagai putera itu yang akan berjaya menjadi maharaja terbilang, Huan banyak kali ingin bersara daripada  jawatannya. Dia tidak mahu sebarang kemasyhuran.

Selepas menaiki takhta, putera itu telah menjadi maharaja Mingdi. Putera itu tetap menghormati bekas gurunya dan tidak pernah berhenti melawat Huan Rong untuk menyambung pengajiannya.

 

Share
Kategori: Budaya

VIDEO POPULAR