Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) merupakan sebuah majlis penganugerahan tahunan yang dianjurkan oleh akhbar Berita Harian. Tujuannya untuk mengiktiraf para seniman dan penghibur ternama yang paling digemari.

Para pemenang anugerah akan ditentukan oleh undian daripada para pembaca akhbar-akhbar terbitan New Straits Time Press. Antaranya ialah Berita Harian, Harian Metro dan New Straits Time. Para pembaca perlu mengisi dan menghantar undian melalui borang yang tersedia di dalam akhbar-akhbar berkenaan. Bermula pada tahun 2017, format pengundian anugerah berprestij ini bertukar sepenuhnya. Kini, para peminat boleh mengundi artis-artis kegemaran mereka secara dalam talian.

Penyanyi dan pelakon yang semakin meningkat naik, Nabila Razali, 25, menyatakan keinginannya untuk mara ke peringkat Top 5 ABPBH ke-31 yang akan diadakan pada 7 Oktober depan. Dia berjaya tercalon bagi dua kategori iaitu Penyanyi Wanita Popular dan Pelakon TV Wanita Popular. Sebelum namanya dikenali, Nabila juga pernah tercalon dalam anugerah yang menjadi dambaan para artis tanah air ini.

Namun, pelantun suara lagu ‘Pematah Hati’ kini sudah mula dikenali dalam arena seni. Harapannya agar namanya terpilih dalam Top 5 kerana yakin dengan kelab peminatnya iaitu Nabaela FC.  Walaupun persaingan dalam kedua-dua kategori tersebut sangat sengit, dia percaya pada usaha dijalankan oleh penyokong kuatnya itu. Elemen popular dan kuasa pemilihan oleh para peminat membuatnya mengharapkan sedikit sinar untuknya agar dapat terpilih.

Nabila turut menyatakan perasaan gembiranya kerana sudah tercalon awal kerana yakin namanya kini sudah semakin popular. Namun, sekiranya mampu mara ke peringkat seterusnya, kegembiraanya berganda. Pada ketika ini, undian secara dalam talian masih dibuka sehingga 25 September ini. Para peminat boleh memilih artis kegemaran mereka dalam 13 kategori utama dan lima kategori online yang dipertandingkan di www.abpbh.com.my. Jika anda peminat Nabila Razali, apa ditunggu lagi? Pastikan artis kegemaran anda ini tersenarai dalam Top 5 ABPBH ke-31.

Share
Kategori: Hiburan

VIDEO POPULAR