Deepavali atau Diwali merupakan pesta cahaya bagi kaum India dan antara perayaan yang mempunyai tarikan tersendiri di Malaysia. Keunikan  perayaan ini dengan adanya hiasan ‘kolam’ iaitu hiasan di lantai, kuih muihnya yang pelbagai dan lazat serta pakaian tradisional mereka yang indah berwarna-warni. Tahun 2017 menyaksikan fesyen berinai menjadi satu trend ketika sambutan Deepavali. Inai dengan corak bunga-bunga dan tumbuhan menjalar yang suatu ketika dahulu hanya dilukis pada tangan dan kaki pengantin telah menjadi budaya bagi wanita India di negara kita ketika menyambut Deepavali. Malah tahun lalu, sari dan lengha tetap menjadi pilihan kaum wanita namun tiada lagi pakaian yang sarat dengan labuci seperti tahun-tahun sebelumnya. Lebih ramai yang memilih pakaian yang lebih ringkas dan selesa untuk berjalan.

Deepavali yang bakal menjelang tidak lama lagi  menyaksikan trend punjabi yang berwarna-warni dan  terang mnjadi pilihan kebanyakan mereka, lapor The Star.

Seorang peniaga Gurinderbir Singh, 52, adalah salah satu pemilik kedai tertua di bandar yang menjual pakaian dan fabrik dari India. Dia berkata perniagaannya memberangsangkan sejak menyewa sebuah gerai di Bazar Deepavali pada 10 Oktober lalu.

“Masyarakat  dari pelbagai kaum mengambil peluang ini untuk mencari pakaian dan makanan tradisional kaum India yang mungkin tidak selalu ada pada hari-hari  lain.”

Dia turut menerima pelanggan dari Singapura dan negara-negara lain semasa musim perayaan Deepavali ini.

Seorang peniaga lain Candrika Sugunan, 31, mengatakan fesyen ‘patiala’ turut popular tahun ini.

“Pakaian itu adalah gabungan pelbagai baju yang  berwarna-warni dengan jahitan tangan, dipadankan dengan seluar yang selesa dan bergaya.

Mereka yang memilih pakaian ini bebas  untuk menggabungkan dan memadankan bahagian atas dengan seluar mengikut citarasa sendiri.

Seorang pembantu bazar pakaian bernama Anees Ur Rahman, 30, berkata pelanggan lebih suka fesyen  Punjabi dengan jahitan tangan kerana ia lebih menarik perhatian. “Majoriti pakaian yang kami jual diimport dari Pakistan kerana pakaian dari sana kebanyakannya buatan tangan, “katanya.

Dia turut menambah pakaian dari fabrik jenis ‘cotton’  lebih mampu milik berbanding sutera.

Antara yang menjadi pengunjung bazar  adalah dari Singapura, Nurwin Heny Noor, 49, yang datang bersama keluarganya untuk mencari makanan tradisi India.

“Ia menjadi kebiasan keluarga kami  mengunjungi bazar ketika sambutan Deepavali semakin hampir.” katanya lagi.

” Dengan harapan  dapat membawa pulang bungkusan muruku dan kerepek pisang serta pakaian punjabi yang unik di sinii.”

Menurutnya lagi,  bazar itu kelihatan lebih meriah dan berwarna-warni tahun ini dengan hiasan dan lampu tambahan.

Sememangnya, perayaan ini mendapat tarikan daripada pelbagai kaum di negara kita selain pelancong luar. Budaya, pakaian dan makanan kaum India antara daya tarikan bagi perayaan ini disukai kaum lain.  Fesyen apakah yang menjadi pilihan anda untuk sambutan Deepavali tahun ini?

 

Share
Kategori: Budaya

VIDEO POPULAR