Ketika membuat gesaan itu pada Sambutan Hari Inovasi 2018 peringkat kementerian di sini hari ini, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Sim Tze Tzin berkata inovasi bukan milik eksklusif para saintis atau ilmuan semata-mata, sebaliknya ia terangkum dalam setiap aktiviti ekonomi melibatkan pelbagai kelompok masyarakat.

“Inovasi terangkum menuntut peranan yang lebih bermakna dari pelbagai pihak-institusi penyelidikan, universiti, sektor awam dan swasta, industri serta rakyat, termasuk pengusaha industri kecil dan sederhana, petani dan nelayan,” katanya.

Di sektor awam, Sim mengakui usaha membudayakan inovasi bukanlah mudah kerana menuntut bukan sekadar komitmen tetapi kesediaan untuk mengubah status quo atau sesuatu perkara yang telah menjadi kelaziman.

Beliau mengambil contoh pembentukan Gmail oleh Google Inc yang tercetus hasil budaya syarikat tersebut yang memberikan ruang dan masa kepada pekerjayanya untuk menghasilkan inovasi.

(Bernama)

Share

VIDEO POPULAR