Sejak Cukai barang dan perkhidmatan (GST) diperkenalkan pada April 2015 berdasarkan pengumuman Bajet 2014, rata-rata seluruh rakyat Malaysia mengeluh dan terbeban dengan sistem baru yang ketika itu dipimpin oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Masakan tidak, harga barang naik mendadak. Keluarga yang sedia susah pun macam ditimpa malang je. Memang ramai yang bantah ketika itu. Tapi satu suara tak dapat membuat Najib tukar pendirian dan keputusannya.

Lepas merana selama tiga tahun dengan harga barang mencekik darah, rakyat Malaysia mengalirkan air mata tanda gembira dan kebebasan serta mendapat nafas baru dengan kembalinya kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad semasa Pilihan Raya Umum yang ke-14 (PRU14).

Seperti yang diumum, awal bulan ini cukai jualan dan perkhidmatan (SST) telah dilaksanakan. Korang tahu tak apa tu SST? Ingat lagi tak, janji Pakatan Harapan untuk mansuhkan GST dan melaksanakan SST dalam 100 hari?

SST ialah sistem cukai di mana kerajaan akan mengenakan cukai kepada pengilang sahaja. Baru-baru ini, bekas Perdana Menteri muat naik satu perkongsian di laman Facebooknya tentang isu PAU yang dikenakan cukai 6%. Perkongsiannya itu mendapat lebih 6 ribu komen, 23 ribu “likes” dan lebih 4 ribu perkongsian di laman Facebook.

“Semalam, Lim Guan Eng berang dan kata saya tak jujur. Dia kata makanan ‘pau’ pun kena 6% GST dulu sama seperti 6% SST sekarang. Dia sangat suka marah saya. Dia demam.

“Bukankah Guan Eng pernah kata beberapa kali bahawa cukai SST hanya dikenakan pada pengilang sahaja dan bukan pengguna. Saya bukan pengilang, mengapa saya kena cukai 6% pula?” soalnya dengan muat naik resit makanan yang dibelinya.

Walau bagaimanapun, entri Najib di Facebook mendapat perhatian Menteri Kewangan, Lim Guan Eng. Di dalam satu sidang media, Guan Eng mengatakan bukan semua kedai makanan dan minuman di negara ini dikenakan SST. SST hanya dikenakan kepada pengendali kedai makanan dan minuman yang mempunyai nilai ambang sebanyak RM1.5 juta setahun, tanpa mengambil kira pendapatan jualan barangan lain selain makanan dan minuman

Guan Eng bidas balik entri Najib dengan pedas sekali. Bila Najib kenala GST 6% tidak pula dia endahkan rungutan dan keluhan rakyat dan apabila SST dikenakan hanya sekali 6% mulalah merungut.

Dulu Najib rilek je buat lawak tentang kangkung yang turun harga. Takkanlah rakyat nak makan kangkung selalu Pak Jib.

Netizen pun bukan nak sokong kenyataan Najib malah mereka juga membidas dengan teruk bukan pasal perkongsian Najib tapi PAU YANG MAHAL SANGAT TU. Bacalah sendiri antara komen netizen.

“Datuk Seri macam demam juga.”

“Mahalnya ini pau kaya. Satu dah RM7.20 patut mahu kena sst. Ini pau orang kaya makan.”

“Pau apa ni DSN? Mahal bebenor. Orang kaya macam Dato jer dapat mkn pau mcm tu. Pau kdai biasa yg kter bli biasa jer harga. Syukur msh mampu bli n mkn dato..”

“Mahalnya pau. Biasa beli pau tepi jalan rm1 @ rm1.20 je.”

“Ni bkn tempat rkyt biasa….ni tmpt mkn org kaya…”

“Aku Makan Pau… Kat RnR… Murah je…”

“Hahahahahha ini pau Mahal, hanya u boleh makan”

“Kasihan Jib … bayarlah dengan wang 1mdb tu.”

Adoi, netizen ini pun, sudah-sudahlah. Dalam banyak-banyak komen netizen ini, segelintir netizen ada yang menyokong Pak Jib okey. Korang pulak macam mana?  

Share
Kategori: Ekonomi

VIDEO POPULAR