Pernah dengar tentang Persembahan Seni Shen Yuen? Ada berita baik, bagi para peminatnya di seluruh dunia! Festival Seni Fremont yang diadakan pada 4 hingga 5 Ogos lalu telah menyediakan pelbagai gerai berkaitan seni untuk hiburan para pengunjung. Salah sebuah gerai di festival itu ialah gerai Persembahan Seni Shen Yun Performing Arts. Gerai tersebut menjual tiket persembahan seni Shen Yun kepada para peminatnya, lapor The Epoch Times.

Gerai tersebut diletakkan gambar dan penerangan kepada orang ramai tentang aktiviti yang diadakan. Malahan, origami berbentuk bunga teratai diberikan percuma kepada orang menerima sebagai hadiah. Wakil jualan di gerai itu bersedia untuk membantu orang ramai untuk membeli tiket pertunjukan.

Pertunjukan ini sememangnya mendapat sambutan orang ramai. Maka, pada tahun ini mereka menjual tiket lebih awal, untuk mengelakkan tiket habis pada saat-saat akhir.


(Foto: YouTube)

“Kami tahu pada tahun lepas, ramai orang merancang untuk menyaksikan pertunjukan Shen Yun.  Namun, pada saat-saat akhir, tiket habis dijual atau mereka sudah mempunyai rancangan lain. Oleh itu, kali ini tiket Shen Yun dijual lebih awal, jadi mereka boleh merancang dahulu sebelum tiket habis dijual,” kata Adele Wang, wakil jualan.

Misi Shen Yun ialah untuk menghidupkan semula kebudayaan tradisional Cina yang telah hilang dan berkongsi dengan semua orang. Persembahan ini juga menerapkan nilai yang baik dan positif. Pertunjukan ini memfokuskan tarian tradisional Cina yang mempunyai orkestra secara langsung. Orkestra ini menggabungkan alat-alat muzik barat dan Cina kuno.


(Foto: YouTube)

Para pengunjung di Fremont Festival Arts dapat belajar lebih banyak tentang pertunjukan ini. Mereka juga boleh bertanya dengan lebih lanjut kepada wakil jualan yang ada di gerai tersebut.

“Kami mahu orang ramai tahu bahawa Shen Yun ada di sini dan berkongsi pertunjukan yang indah ini dengan semua,” kata Wang lagi.

Anda pasti tertanya, mengapa persembahan kebudayaan ini mendapat sambutan yang menggalakkan? Persembahan ini ditubuhkan di New York, Amerika Syarikat pada tahun 2006. Persembahan ini menceritakan kepada dunia tentang apa yang berlaku kepada negara China moden. Melalui seni persembahan, mereka ingin memaparkan budaya masyarakat Cina bermula pada awal tamadun sehingga zaman kini.


(Foto: YouTube)

Pada masa kini, masyarakat China terutamanya pengamal Falun Gong telah menjadi mangsa kezaliman Parti Komunis China (PKS). Falun Gong ialah aktiviti spiritual masyarakat China yang menggabungkan meditasi dan amalan moral untuk meningkatkan jati diri pengamalnya.

Persembahan jelajah yang mengetengahkan kisah benar yang berlaku di pentas dunia meliputi lima benua. Mereka juga mengadakan persembahan persembahan di 150 teater di seluruh dunia dan semakin mendapat sambutan yang menggalakkkan.

Jika anda berminat untuk menonton persembahan kebudayaan yang banyak elemen positif ini, sila lungsuri https://tickets.shenyun.com/ untuk maklumat lanjut.

Share
Kategori: Budaya Kebenaran

VIDEO POPULAR