Sekurang-kurangnya 40 orang cedera, termasuk lima parah dalam nahas jalan raya di Los Angeles, melibatkan sebuah bas sewa swasta, demikian kata pihak berkuasa tempatan pada Ahad.

Nahas berlaku pukul 1 petang waktu tempatan (2000 GMT) di selatan Freeway di Nordhoff, apabila bas tersebut merempuh pembahagi jalan sebelum bertembung dengan kenderaan penumpang.

Jabatan Bomba Los Angeles (LAFD) berkata, anggota bomba mengeluarkan seramai 40 mangsa, 25 daripadanya dikejarkan ke hospital, lapor agensi berita Xinhua.

Keadaan lima mangsa, berusia antara 30 dan 88 tahun dilaporkan kritikal.

Menurut LAFD, kemalangan berlaku di lebuh raya berbahaya, bukan sahaja kepada mangsa yang terlibat tetapi anggota penyelamat dan mereka yang berada di lokasi kejadian.

Bas membawa sekurang-kurangnya 37 penumpang itu dalam perjalanan pulang selepas menghadiri acara di sebuah gereja di Inglewood, lapor berita tempatan KTLA-TV.

(Bernama)

Share
Tags: Kategori: Global

VIDEO POPULAR