Bila sebut perihal Skop Production Sdb Bhd, sudah pasti secara automatik ramai di zaman 90an akan teringat Datuk Yusuf Haslam.

Zaman tu memang tip top kerana kejayaannya mengarahkan filem Sembilu lakonan Awie, Erra Fazira dan Ziana Zain sehingga mampu mengutip RM6 juta sekali gus memberikan impak dan kredibiliti kepada syarikat serta dirinya.

Ingatkan filem pecah panggung Skop Production Sdn Bhd lenyap setakat di situ sahaja. Tetapi ramalan penulis meleset sama sekali.

Menerusi kesinambungan anak lelakinya, Syamsul dan Syafiq Yusof, kedua-dua ini mewarisi bakat dan mengarahkan filem terbaharu seperti Munafik, Abang Long Fadil 2 dan sebagainya.

 

(Sumber: IG Syamsul Yusof)

Terkini filem yang pecah panggung di pawagam adalah Munafik 2 akhirnya memecahkan rekod sebagai filem Melayu paling tinggi kutipan iaitu sebanyak RM40 juta dalam tempoh 17 hari ditayangkan.

Filem tersebut sekaligus mengenepikan filem arahan Mamat Khalid Hantu Kak Limah (HKL) yang mengutip RM35 juta bulan lalu.

Syamsul yang mengumumkan perkara itu melalui Instagramnya turut mengucapkan syukur dan terima kasih kepada penonton yang memberi sokongan kepada filem berkenaan.

Rata-rata peminat mengucapkan tahniah dengan kejayaan dan memuji filem itu yang menyelitkan pengajaran dan tauladan.

Sebelum ini Munafik 2 mencipta rekod tersendiri apabila mencapai kutipan membanggakan untuk tayangan awal di pawagam pada 29 Ogos lalu.

Ia menjadikan filem tempatan yang menerima kutipan tertinggi untuk tayangan awal iaitu sebanyak RM2.05 juta.

Dalam perkembangan berkaitan, penerbit Skop Production, Datuk Yusof Haslam berkata, kutipan tersebut merangkumi tayangan di Malaysia, Brunei dan Singapura.

Filem ke-10 arahan Syamsul itu turut dibintangi beberapa barisan pelakon popular seperti Maya Karin, Nasir Bilal Khan, Mawi, Datuk Fizz Fairuz, Datuk Rahim Razali dan Fauzi Nawawi.

Untuk rekod, filem Munafik pertama yang ditayangkan pada tahun 2016 telah berjaya meraih kutipan keseluruhan sebanyak RM17 juta.

Filem terbitan Skop Productions dan President Productions ini menelan belanja sebanyak RM2.9 juta.

(Sumber: Facebook Syamsul Yusof)

Memang power Skop Production Sdn Bhd ini. Penulis berharap syarikat ini menghasilkan filem yang menarik pada masa hadapan.

Share
Kategori: Hiburan

VIDEO POPULAR