Seorang pelumba juga seorang ibu kepada dua anak lelaki mengejutkan orang ramai dengan sifat keibuannya yang tidak terlupa akan tanggungjawabnya walaupun ketika berhadapan dengan cabaran yang hebat.

Sophie Power, yang menyertai perlumbaan menjejaki kawasan pergunungan, Ultra trail of Mont-Blanc (UTMB) sejauh 170 kilometer kelihatan sedang berehat sambil menyusukan bayinya yang berusia tiga bulan, Cormac.

Sophie, 36 tahun, mengambil masa 43 jam untuk menghabiskan acara sukar itu dan usai tamat dia bergegas dapatkan anak kecilnya untuk disusukan.

Sifat keibuannya itu harus dipuji. Walaupun sedang berhadapan dengan cabaran dan acara yang sukar, namun Sophie tidak melupakan tanggungjawabnya itu. Dia menyusukan anaknya pada awal perlumbaan dan suaminya yang membawa pam susu ke stesen bantuan lain untuk memberikan susu. Untung Sophie ada suami yang begitu prihatin dan menyokongnya dari awal hingga ke akhir perlumbaan.

Nampaknya anak sulung Sophie, Donnacha juga berturut serta di Courmayeur (pergunungan Alpine) yang bermain di luar.

Menurut Sophie, perlumbaan UTMB merupakan acara pertama baginya. Pada 2014, Sophie telah berdaftar untuk perlumbaan ini, namun dia terpaksa menundanya kerana hamilkan Donnacha. Kehamilannya membuatkan penganjur perlumbaan ini enggan menerima borang penyertaannya.

Sophie yang mengambil masa 43 jam untuk menamatkan perlumbaan ini mengatakan bahawa dia ingin melihat pemandangan di atas pergunungan itu dengan sepuas-puasnya.

Bagi Sophie, ketika hamil rehat secukupnya bukanlah satu nasihat yang baik. Dari sudut pandangannya seorang ibu yang hamil haruslah kuat, kekal cergas dan sihat. Tapi bukanlah bermakna anda tidak harus berhati-hati. Untuk kekal cergas ibu-ibu hamil boleh bincang dengan lebih mendalam bersama pakar obstetrik.

Tapi Sophie Power telah merancang dengan baik dan dia merupakan seorang ibu yang betul-betul POWER!

Apa pandangan ibu-ibu di luar sana? Adakah Sophie cukup power?

Share
Kategori: Sukan Wanita

VIDEO POPULAR