Bukan mudah bagi seseorang untuk bersikap terbuka, tapi mereka yang mempunyai ciri ini mampu menggapai kejayaan yang luar biasa seperti pereka Menara Eiffel.

Jurutera Gustave Eiffel merupakan orang pertama menghantar reka bentuk Menara Eiffel dalam satu pertandingan yang dianjurkan oleh Universal Exhibition di Paris pada tahun 1889 sebagai peringatan atau sambutan ulang tahun ke-100 Revolusi Paris. Pada mulanya, pembinaan menara itu mendapat kecaman hebat daripada masyarakat tempatan di sana. Mereka mengatakan pembinaan menara ini hanya akan mengurangkan kecantikan Paris selain ia menyakitkan mata.  


(Foto: YouTube)

Sekumpulan jurutera dan ulama juga tidak terkecuali meluahkan pendapat mereka melalui megutus surat. Bagi pendapat mereka, struktur menara itu tampak “tidak berguna” dan “merepek”.

Bantahan keras datang daripada penulis terkenal, Guy de Maupassant. Pun begitu, selepas tamat pembinaan, beliau mengeluarkan satu kenyataan bahawa beliau akan membuat ramai terpegun dan tergamam melihat beliau makan tengahari di puncak menara itu. Apabila ditanya mengenai sebabnya beliau menjawab ia merupakan jalan terbaik untuk mengelak daripada melihat menara itu yang menyakitkan mata.


(Foto: YouTube)

Meskipun mendapat kecaman dan kritikan, menara itu masih dibina, dibuka kepada umum dan dinamakan bersempena nama Gustave Eiffel sendiri. Sebaik dibuka, menara itu berjaya mencuri tumpuan ramai pelancong. Pada tahun 1889 sendiri, Menara Eiffel menerima kira-kira 2 juta pelancong dan memecah dan memegang rekod dunia ketika itu. Secara langsung Menara Eiffel dikagumi ramai terutamanya dari luar negara dan menjadi ikon yang tidak boleh diragui keunikannya di Paris. Dan ia memegang rekod dunia berterusan dalam menerima jumlah pelancong yang ramai di seluruh dunia serta menjadi manfaat ekonomi Perancis.

Menara Eiffel ini menjadi simbol kebanggaan seluruh rakyat Perancis. Ia juga menjadi inspirasi kepada seni, kesusasteraan dan pawagam. Kemudian, Menara Eiffel dikenali dalam kalangan kumpulan elit akademik. Contohnya, Thomas Edison, seorang ahli saintis yang terkenal, merujuk Gustave Eiffel sebagai, ‘Tuan Eiffel, jurutera yang berani.’


(Foto: YouTube)

Gustave Eiffel dan penyokongnya berhadapan dengan segala kontroversi demi menyokong dan membina salah satu pencapaian seni bina yang terkenal untuk pengetahun ramai dan kemudian ianya mendapat pengiktirafan. Kalau pada masa itu, sekiranya Gustave Eiffel kalah pada kritikan dan kecaman yang diterimanya dahulu, tidak mungkin Paris kini mempunyai satu mercu tanda yang menjadi kebanggaan seluruh dunia serta seorang jurutera yang dikenali ramai kini.

Dari dulu hingga sekarang, seseorang mampu mencapai kejayaan yang luar biasa dengan menerima kritikan. Lebih besar matlamat dan pencapaian, lebih ramai pembangkang akan lahir, tapi ianya hanya boleh dilakukan dengan mempercayai diri sendiri dan bersikap terbuka untuk menggapai kejayaan tersebut.

Bagaimana hendak menerima kritikan jika seseorang itu mudah terasa dan mengalah? Jika seseorang itu tidak bersikap terbuka dan mudah mengalah pada kekangan yang dihadapi bagaimana mereka hendak mencapai kejayaan sebenar dan abadi? 

 

Share

VIDEO POPULAR