Balai Seni Negara mengorak langkah baharu melalui pembukaan cawangannya di sini yang pertama ditubuhkan di luar Kuala Lumpur. 

Penubuhan Balai Seni Negara Langkawi yang terletak di Dayang Walk di sini juga sejajar dengan hasrat untuk membuka balai-balai seni di negeri-negeri, kata Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Saraya Arbi.

“Kita nak menambahkan lagi pelbagai tarikan di Langkawi (dengan menubuhkan balai seni di sini). Di sini juga terdapat ramai karyawan seni yang mendapat idea dan inspirasi dari keindahan semulajadi di Langkawi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan pameran seni sempena Persidangan Seni dan Rekabentuk Antarabangsa Asia yang kedua di sini malam tadi.

Menurutnya penubuhan balai seni ini juga dapat menjadi pemangkin bagi penggiat seni menghasilkan karya mereka dan medan dalam kalangan pelancong yang meminati hasil seni untuk memperolehinya.

(Bernama)

Share

VIDEO POPULAR