Pelakon terkenal Malaysia, Sharnaaz Ahmad berkongsi kepada umum sebab utama dia memilih nama Jebat Jayden Ahmad untuk nama anaknya yang lahir pada 30 Ogos 2018 lalu. Kata Sharnaaz yang berusia 33 tahun itu, nama tersebut dipilih kerana dia tertarik dengan sejarah dan kehebatan pahlawan Melayu bernama ‘Jebat’.


(Foto: Instagram Sharnaaz Ahmad)

Kata Sharnaaz lagi, nama tersebut tidak mempunyai maksud apa-apa pun kecuali nama ‘Ahmad’ saja. Dari muda lagi dia memang meminati nama ‘Jebat; sehinggakan berlakon pun bawa watak Jebat. Maka sebab itulah apabila dia mendapat anak lelaki, dia mahu memberikan nama anaknya itu ‘Jebat’. Jayden pula nama pilihan Nabila.


(Foto: Instagram Sharnaaz Ahmad)

Sharnaaz memberitahu sebelum mereka berkahwin lagi dia sudah berbincang dengan isterinya tentang nama anak mereka. Dia sudah beritahu Nabila mahu menamakan anak mereka ‘Jebat’ jika anak sulung mereka nanti adalah lelaki.

Selepas ini, jikalau mereka mendapat anak kedua, ketiga dan seterusnya, Sharnaaz memberi kebebasan kepada Nabila untuk memilih nama anak-anak mereka pula. Ditanya mengenai jumlah cahaya mata yang dia ingini, Sharnaaz meletakkan soal tersebut kepada rezeki. Namun, Nabila pernah memberitahu bahawa dia mahu mempunyai lima orang cahaya mata.


(Foto: Instagram Sharnaaz Ahmad)

Menariknya, baru seminggu dilahirkan, anak Sharnaz dan Nabila sudah pun menjadi perhatian di laman sosial Instagram. Akaun Instagram yang menggunakan nama @jebatjayden sudah pun mendapat hampir 70 ribu orang pengikut walaupun baru sembilan keping foto comel Jebat Jayden dikongsi melalui akaun tersebut.


(photo credit: Instagram Jebat Jayden

Rata-rata pengikut Instagram itu memuji kecomelan anak pasangan tersebut serta mendoakan agar Jebat membesar menjadi anak yang soleh. Nabil selamat bersalin kira-kira jam 9.01 pagi pada 30 Ogos lalu di sebuah pusat perubatan di ibu negara.

Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila bernikah pada 31 Mac 2017 lalu di sebuah hotel di Petaling Jaya.

 

Share
Kategori: Hiburan

VIDEO POPULAR