Tiga jam sebelum konsert bermula saya alami pendarahan, memang ketika itu saya takut sangat.” Begitulah seperti yang diberitahu oleh Liza Hanim.

Liza mengalami pendarahan ketika kandungannya mencecah usia tiga bulan membuatkan penyanyi tersebut enggan berkongsi kisah kehamilan kelimanya kerana ia terlalu awal.

Ketika kejadian tersebut, Liza sedang bersiap sedia untuk membuat persembahan Konsert Dua Diva yang berlangsung di Singapura pada Julai 2018 lalu. Dia memberitahu bahawa doktor menasihatinya untuk tidak meneruskan konsert kerana bimbang akan berlaku sesuatu yang lebih buruk. Namun, dia tetap meneruskan konsert tersebut kerana pada masa itu tiada siapa yang tahu dia hamil kecuali suami dan pihak pengurusannya. Dia bersyukur kerana mereka semua membantu dan segalanya selamat.

Foto: IG nurkasih

Liza Hanim, 39, berkongsi jika sebelum ini dia dan suaminya memang merancang setiap kehamilan, namun kehamilan kali ini merupakan kejutan yang indah buat mereka sekeluarga. Oleh sebab itu dia tidak mengubah apa-apa dalam jadual nyanyiannya kerana dia tidak menduga dengan kehamilan tersebut. Walau bagaimanapun, mereka sekeluarga sangat seronok dengan rezeki yang dikurniakan.

Melalui Berita Harian, Liza Hanim memberi jaminan bahawa kerjaya nyanyiannya masih menjadi keutamaan dan akan tetap diteruskan walaupun sedang hamil anak kelima.

Jikalau sebelum ini selepas bersalin tumpuannya banyak kepada anak yang baru lahir, namun kali ini dia membuat keputusan untuk kembali memeriahkan dunia seni. Liza hanya akan berehat untuk berpantang saja dan selepas itu dia akan kembali menyanyi.

Kalau mengikut jadualnya, dia masih menerima undangan nyanyian sehingga akhir tahun. Dia tidak mahu memanjankan dirinya memandangkan ini merupakan anak kelimanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Anak anak teruna ku memang tak leh duduk diam…. takde satu pun family picture yang elok 🤦🏻‍♀️ Kisah 1Syawal hihihi

A post shared by Liza Hanim (@lizahanim79) on

Liza juga berimpian untuk memasuki separuh akhir Muzik-Muzik bagi lagu Mimpi. Dia mahu menyanyikan sendiri lagu tersebut walaupun ketika itu sedang sarat mengandung.

Melalui perkongsian hidup dengan bekas ahli kumpulan Indigo, Mohd Shahrin Mohd Samsudin atau Shah selama 15 tahun, pasangan ini sudah dikurniakan empat orang anak.

Share
Kategori: Hiburan

VIDEO POPULAR