4 projek hartanah baru akan dilancarkan pada 2019 oleh Ehsan Plant & Property Sdn Bhd iaitu sebuah pemaju baru yang sedang meningkat naik. 4 buah projek tersebut membabitkan nilai pembangunan kasar (GDV) sehingga RM1 bilion.

Kesemua 4 projek tersebut akan dibangunkan di Sungai Petani (Kedah), Mount Austin (Johor), Nilai (Negeri Sembilan) dan Kampar (Perak).

Untuk projek di Sungai Petani dan Mount Austin, ia dijangka dilancarkan pada suku pertama tahun 2019. Pada Julai 2019, projek di Nilai pula akan dilaksanakan, manakala projek di Kampar akan bermula pada September 2019.

Datuk Abdul Hamid PV Abdu yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutifnya berkata, projek di Sungai Petani akan dibangungkan 535 unit rumah teres setingkat dan dua tingkat. Keluasannya pula di antara 1,200 kaki persegi (kps) hingga 2,200 kps. Ia membabitkan GDV RM180 juta. Projek tersebut yang dinamakan Ehsan Heights akan dibangunkan pada Mac 2019 di atas tanah seluas 20.2 hektar. Harga jualannya pula akan bermula daripada RM300,000 seunit.

Projek Mount Austin akan dibangunkan 3 blok apartmen servis 16 tingkat yang mengandungi 650 unit dan 9 kedai dengan GDV RM300 juta. Untuk projek di Nilai, mereka akan merancang membina pembangunan bercampur 2 blok apartmen setinggi 30 tingkat sebanyak 498 unit dengan GDV bernilai RM140 juta.

Bagi projek terakhir yang berada di Kampar, ia membabitkan GDV RM388 juta. Di sana mereka akan bangunkan 3 blok apartmen servis yang mempunyai 900 unit kediaman. Keluasannya pula di antara 600-800 kps.

Menurut Abdul Hamid, buat masa ini syarikat tersebut mempunyai simpanan tanah berjumlah 121.4 hektar di seluruh negara. Mereka merancang untuk meningkatkan sehingga 404.7 hektar dalam tempoh 5 tahun ini. Ia merupakan strategi untuk menyenaraikan syarikat tersebut ke Bursa Malaysia dalam tempoh 5 tahun akan datang.

Kata Abdul Hamid lagi, mereka mahu pastikan pada setiap 5-10 tahun akan datang, syarikat tersebut akan dapat melancarkan beberapa projek baru setiap tahun dengan GDV sekurang-kurangnya bernilai RM1 bilion.

Ehsan Plant & Property ditubuhkan pada 2008 kini sudah membangunkan lebih 15 buah projek di seluruh negara termasuklah projek perumahan terbengkalai seluruh negara.

Share
Kategori: Ekonomi

VIDEO POPULAR