Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, meluahkan rasa dukacita atas kehilangan nyawa manusia, kecederaan dan kemusnahan akibat bencana tsunami yang melanda Selat Sunda di Indonesia pada Sabtu, lapor agensi berita China Xinhua.

Menurut kenyataan pejabat akhbarnya pada Ahad, setiausaha agung PBB itu mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa, kerajaan dan rakyat Indonesia.

Beliau juga mendoakan agar mangsa yang cedera cepat sembuh.

Kenyataan itu menyebut PBB bersedia membantu usaha-usaha bantuan dan penyelamatan oleh kerajaan Indonesia yang berlangsung ketika ini.

(Bernama)

Share
Tags: Kategori: Global

VIDEO POPULAR