Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo mengajak seluruh rakyat Malaysia agar mengekalkan keharmonian antara kaum dan agama yang dikecapi selama ini.

Menerusi catatan terbaharu di Facebooknya hari ini, Gobind berkata perkara itu adalah sumber kekuatan kepada kemajuan negara.

“Marilah kita bersama-sama mengekalkan hubungan yang harmonis antara kaum dan agama, dan mencari titik persamaan antara masyarakat.

“Mudah-mudahan persefahaman yang kita pupuk selama ini menjadi sumber kekuatan kita untuk menyumbang kepada kemajuan negara pada masa hadapan,” katanya.

Gobind turut mengucapkan selamat menyambut Hari Natal kepada semua penganut agama Kristian di negara ini.

“Selamat menyambut Hari Natal kepada semua penganut agama Kristian di Malaysia, selamat bercuti dan berhati-hati di jalan raya,” katanya.

Perayaan Hari Natal disambut penganut Kristian di seluruh dunia pada 25 Dis.

(Bernama)

Share
Tags: Kategori: Nasional

VIDEO POPULAR