Technology Park Malaysia Corporation Sdn Bhd (TPM) telah melantik tiga ahli baharu ke dalam Lembaga Pengarahnya (BOD) berkuat kuasa minggu lepas. 

Pemangku Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Sharbani Harun dalam satu kenyataan hari ini memberitahu lembaga pengarah baharu ini terdiri daripada Datuk Abu Samah Bachik, Datuk Mohd Anwar Yahya dan Datuk Mohd Zafir Ibrahim. 

Pelantikan itu merangkumi pencalonan Abu Samah sebagai Pengerusi Kumpulan mulai 10 Dis lepas, dan beliau diharap akan membawa pelbagai pengetahuan, pengalaman pengurusan, dasar-dasar tadbir urus korporat dan strategi selepas berada selama 46 tahun dalam sektor awam dan swasta.

Sementara itu, syarikat itu berkata Mohd Anwar mempunyai banyak pengetahuan termasuk pengalaman dalam khidmat nasihat korporat serta kewangan, dasar dan strategi, selain kelayakan akademik dan kecemerlangan profesional.

TPM menambah, pengetahuan serta pengalaman Mohd Zahir yang luas dalam teknologi maklumat dan perkhidmatan awam sememangnya diperlukan dalam pengurusannya bagi mendapatkan pemahaman yang lebih baik dan wawasan ke dalam pengurusan pentadbiran kewangan, kualiti, transformasi serta program inovasi yang terkait dengan aspirasi kerajaan ke atas inisiatif teknologi maklumat dan komunikasi.

(Bernama)

Share

VIDEO POPULAR