Setakat November 2018, seramai 187 daripada 22,284 orang yang dijangkiti demam denggi berdarah di Myanmar meninggal dunia, kata Menteri Kesihatan dan Sukan Myanmar, Myint Htwe.

Pada tahun lepas seramai 192 daripada 31,288 orang maut akibat penyakit itu, katanya pada mesyuarat kajian tahunan pencegahan dan membasmi penyakit di Nay Pyi Taw Selasa.

Justeru, beliau menggesa langkah lebih aktif bagi memastikan usaha membasmi demam denggi berdarah tercapai, lapor agensi Xinhua.

Selain itu demam malaria turut menyaksikan lapan daripada 31,964 orang meninggal dunia pada November.

(Bernama)

Share
Tags: Kategori: Global

VIDEO POPULAR