Keio Plaza Hotel Tama, Tokyo, menambah kemudahan dan perkhidmatannya dengan mewujudkan tempat fotografi baru ‘Hello Kitty’ serta mengubah suai empat lagi bilik untuk menjadi bilik bertema Sanrio, dua bilik masing-masing dalam tema ‘My Melody’ dan ‘Little Twin Stars’, tambahan kepada empat bilik bertemakan Hello Kitty sedia ada.

Tempat fotografi terbaru itu yang terletak di lobi hotel, boleh digunakan pada Mac 2019 manakala bilik bertema karektor Sanrio pada Jun 2019.

Penambahan berkenaan memperkukuhkan hubungan kerjasamanya dengan Keio Plaza Hotel Co Ltd dengan Sanrio Co Ltd, demikian menurut satu kenyataan.

Bilik-bilik bertema ‘Hello Kitty’ Hotel Keio Plaza Tama dibuka pertama kalinya pada 1 Nov 2014 dan telah menjadi sangat popular dengan para tetamu dengan keluarga manakala taman hiburan Sanrio yang dikenali sebagai ‘Puroland’ terletak lima minit berjalan kaki dari hotel Tamai, dan ruang lobi ‘Duet’ serta kedai makanan istimewa ‘Poppins’ menyajikan kek dan pencuci mulut khas ‘Hello Kitty’. 

Hotel Keio Plaza Tokyo di Shinjuku akan berhenti mengendalikan bilik bertemakan Hello Kitty sedia ada pada 3 Jan 2019, dengan kemudahan dan perkhidmatan bertema Hello Kitty tertumpu di Hotel Keio Plaza Tama pada masa akan datang, menurut kenyataan itu.

“Di samping itu, stesen keretapi Keio Aliran Tama Center, yang berjarak satu minit berjalan kaki dari Hotel Keio Plaza Tama, telah diubah suai pada 2016 untuk memasukkan ‘Hello Kitty’ dan watak-watak dan reka bentuk Sanrio, dan bas ulang-alik lapangan terbang berhenti berhampiran hotel Tama kami dan Kereta api Aliran Keio juga dihiasi dengan watak-watak Sanrio,” katanya.

Maklumat lanjut mengenainya boleh didapati dengan melayari https://www.keioplaza.com/tama atau https://www.sanrio.co.jp/english.

(Bernama)

Share

VIDEO POPULAR