PAS tidak akan meletakkan calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands bulan depan.

Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan berkata keputusan itu dibuat pada mesyuarat Jawatankuasa Harian PAS Pusat.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Azhar Azizan Harun hari ini mengumumkan tarikh PRK Cameron Highlands pada 26 Jan 2019 dan hari penamaan calon pada 12 Jan.

PRK itu diadakan berikutan penyandangnya Datuk C. Sivarraajh daripada Barisan Nasional tidak mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Pilihan Raya yang mengisytiharkan keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) bagi kawasan itu adalah terbatal dan tidak sah.

(Bernama)

Share

VIDEO POPULAR