Kira-kira 55 militan terbunuh dalam serangan udara yang dilancarkan tentera Afghanistan dalam tempoh 24 jam, menurut pegawai pada Selasa.

Pasukan udara menyasarkan lokasi persembunyian Taliban di daerah Aryub Zazai di wilayah timur Paktia, mengorbankan sekurang-kurangnya 13 pemberontak, lapor agensi berita Xinhua memetik kenyataan tentera.

Serangan dron juga memusnahkan kenderaan Taliban selain kubu pertahanan mereka. 

Turut menjadi sasaran tempat persembunyian di daerah Dawlat Abad di wilayah utara Faryab membunuh enam militan, termasuk Mullah Rasoul, hakim yang bakal dilantik Taliban untuk wilayah itu. 

Turut disasarkan kawasan persembunyian Taliban di daerah Miwand di wilayah selatan Kandahar, yang membunuh sehingga 36 pemberontak, kata jurucakap tentera di wilayah selatan, Mohammad Sadiq Eisa, Selasa.

Kerajaan Afghanistan meningkatkan serangan udara baru-baru ini dan terbukti berhasil menewaskan kumpulan militan.

(Bernama)

Share

VIDEO POPULAR