Cabaran negara pada Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir BWF 2018 berakhir selepas beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying gagal mara ke separuh akhir.

Pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016 itu tewas kepada pilihan kedua, Yuta Watanabe-Aiisa Higashino dari Jepun 9-21, 18-21 dalam aksi terakhir Kumpulan B di Gimnasium Tianhe, di Guangzhou, China hari ini (15 Dis).

Kekalahan kedua oleh gandingan itu menutup terus peluang untuk mengulangi pencapaian ke separuh akhir pada edisi 2013 di Kuala Lumpur.

Terdahulu, gandingan senegata, Goh Soon Huat- Shevon Jemie Lai turut tersingkir dii peringkat kumpulan apabila tewas dua perlawanan berturut-turut dalam Kumpulan A.

Berdasarkan format pertandinga, hanya dua pasangan utama masing-masing dalam Kumpulan A dan B layak ke separuh akhir pada kejohanan yang menawarkan hadiah wang tunai US$1.5 juta (RM6.287 juta).

(Bernama)

Share
Tags: Kategori: Sukan

VIDEO POPULAR