Menjelang musim perayaan Krismas dan cuti hujung tahun, lebih 10,000 produk mainan ditarik balik dari pasaran di seluruh negeri Victoria, Australia, demikian kata pihak berkuasa Jumaat.

Menurut kenyataan pihak berkuasa, antara mainan yang dirampas atau disita itu ialah yang boleh menyebabkan kanak-kanak tercekik, kolam mudah alih dan katil bayi. Operasi dijalankan oleh agensi perlindungan pengguna negeri. 

Ibu bapa dinasihatkan berhati-hati dengan kolam mudah alih untuk mengelakkan kanak-kanak lemas, terutamanya semasa musim panas selain memeriksa mainan yang mungkin mempunyai peralatan tajam, lapor Xinhua. 

“Saya menasihatkan mereka yang membeli hadiah untuk Krismas membaca label amaran dan mematuhi arahan keselamatan,” kata Menteri Hal Ehwal Pengguna Marlene Kairouz.

Perniagaan yang didapati menjual produk tidak selamat boleh didenda AUD5,000 (US$ 3,590) manakala kesalahan serius dan berulang boleh dikenakan tindakan mahkamah dan denda sebanyak AUD500,000 (US $ 359,200) bagi individu dan AUD10 juta (US $ 7.18 juta) kepada syarikat.

(Bernama)

Share

VIDEO POPULAR