Jumlah mangsa banjir di daerah ini yang ditempatkan di tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) meningkat kepada 435 orang pagi ini berbanding 335 orang malam tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang Kol (PA) Zainal Yusof dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata sehingga 8 pagi, jumlah mangsa membabitkan 110 keluarga. 

“Mangsa paling ramai ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Cherating sebanyak 128 orang daripada 33 keluarga diikuti SK Kempadang (77 orang, 18 keluarga), SK Sg Karang (64 orang, 21 keluarga).

“SK Beserah pula (63 orang, 17 keluarga), SK Sungai Isap Murni (47 orang, sembilan keluarga), Dewan Orang Ramai Balok (31 orang, lima keluarga) dan SK Sungai Ular (25 orang, tujuh keluarga),” katanya.

(Bernama)

Share
Tags: Kategori: Tempatan

VIDEO POPULAR