Perdana Menteri Britain Theresa May dijangka berdepan undi tidak percaya pada lewat hari Rabu, kata Graham Brady, ketua jawatankuasa penyokong Parti Konservatif 1922, lapor agensi berita China Xinhua.

Beliau berkata jumlah minimum 48 surat daripada anggota parlimen yang diperlukan bagi mencetuskan undi tidak percaya dalam kepimpinan parti itu telah dicapai.

Undian oleh anggota Parti Konservatif akan berlangsung antara 1800 GMT dan 2000 GMT, manakala keputusannya akan “diumumkan secepat mungkin,” katanya.

(Bernama)

Share

VIDEO POPULAR