Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pertukaran dua pegawai kanannya berkuat kuasa 16 Jan depan.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM Datuk Asmawati Ahmad dalam satu kenyataan berkata Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (Jenayah Korporat/Kewangan) Kelantan DSP Ahmad Azizul Mohamed bertukar ke jawatan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kelantan dengan memangku pangkat Supt.

Selain itu, turut terlibat dalam pertukaran itu ialah DSP Pematuhan Integriti (2) Zon A, Cawangan Pematuhan Bahagian Pematuhan Standard, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, DSP Azizul Rahman Abd Aziz ke Ketua Jabatan JIPS Johor dengan memangku pangkat Supt.

(Bernama)

Share
Tags: Kategori: Nasional

VIDEO POPULAR