Polis tidak menolak kemungkinan punca seorang wanita dibunuh oleh jirannya sendiri di Batu 16, Rawang, Selangor semalam adalah disebabkan akibat rasa tidak puas hati kerana sering ditegur mangsa.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata, pihaknya percaya suspek bertengkar dengan si mati beberapa kali atas pelbagai isu sebelum ini sehingga menyebabkan suspek menyerbu masuk ke rumah dan menikam jirannya itu hingga mati.

“Ujian air kencing terhadap suspek lelaki berusia 49 tahun itu juga didapati positif dadah,” katanya dalam sidang akhbar selepas menyaksikan majlis serah terima tugas Ketua Polis Daerah Klang Utara baharu di perkarangan Balai Polis Kapar di sini hari ini.

Mazlan berkata polis telah mendapat perintah tahanan reman selama tujuh hari ke atas suspek bermula hari.

Semalam, Yap Choon Mooi, 41, maut ditikam di dada, manakala suaminya, Chong Yoke Wa, 61, pula cedera di perut selepas diserang suspek menggunakan pisau.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

(Bernama)

Share
Tags: Kategori: Tempatan

VIDEO POPULAR