Sebuah persatuan pemuliharaan hidupan liar di Australia pada Selasa menyuarakan kebimbangan berhubung populasi koala selepas kebakaran hutan merebak ke kawasan perbandaran Teluk Salamander, 200 kilometer di utara Sydney, yang menempatkan habitat penting haiwan itu.

Bermula petang Isnin, berpuluh-puluh anggota bomba bertungkus-lumus memadamkan api di kawasan seluas 80 hektar sepanjang malam dan sedaya-upaya cuba melindungi habitat serta hidupan liar itu, lapor agensi berita China Xinhua memetik media tempatan.

Meskipun mencuba sehabis baik, dianggarkan sebanyak 16 hektar daripada kawasan Mambo Wetlands, sebuah habitat koala yang penting, telah musnah.

“Ia mempunyai populasi pembiakan yang berdaya maju dan penting kepada habitat lain,” kata penjaga kanan Persatuan Pemuliharaan Hidupan Liar dan Koala Port Stephens, Simone Aurino, kepada stesen penyiar Australian Broadcasting Corporation.

“Ia adalah habitat yang amat penting.”

Meskipun kebakaran itu telah berjaya dikawal, kesan jangka panjang mungkin terus menjejaskan populasi koala tempatan untuk tempoh beberapa waktu akan datang.

“Mereka akan bergerak melintasi jalan raya atau berada di belakang rumah kita sedang bergaduh dengan anjing atau terdampar di atas jalan raya kerana dilanggar kereta,” kata Aurino.

“Ia mempunyai potensi untuk melenyapkan populasi koala di kawasan ini dan perkara ini adalah sesuatu yang membimbangkan. Habitatnya telah berubah jadi ia akan berpindah.”

Meskpun pengalaman itu menjadi trauma kepada kumpulan penyelamat koala, masih terdapat perkara yang menyenangkan hati mereka.

Satu pasukan telah berjaya menyelamatkan seekor koala yang berada dalam keadaan tertekan “selepas ia dilihat berpaut pada sebatang pokok yang hangus terbakar.”

Dipercayai mengalami kecederaan di bahagian tapak kaki akibat terbakar, para penyelamat berjaya mendapatkan koala itu tepat pada masanya dan haiwan comel tersebut kini semakin sembuh.

(Bern

Share

VIDEO POPULAR