Sekurang-kurangnya tiga anggota polis maut manakala seorang lagi cedera apabila sekumpulan militan menyerang sebuah pos kawalan polis di kawasan bergolak Kashmir yang dikuasai India, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan polis.

Pasukan keselamatan itu telah diserang di Kampung Zainpora dalam daerah Shopian, kira-kira 70 kilometer di selatan bandar Srinagar, ibu kota musim panas Kashmir yang dikuasai India.

“Hari ini, militan telah menyerang sebuah pos kawalan polis di Zainpora yang diwujudkan untuk menjaga anggota komuniti minoriti,” kata seorang anggota polis yang bertugas di Shopian.

Polis berkata mangsa yang cedera telah dihantar ke hospital.

Laporan menyebut militan terbabit telah melarikan empat raifal milik anggota polis terbabit ketika serangan.

(Bernama)

Share
Tags: Kategori: Global

VIDEO POPULAR