Tabung Pembangunan Sumber Manusia (HRDF) hari ini mengumumkan pelantikan empat ahli baru Lembaga Pengarahnya yang berkuatkuasa pada Isnin.

HRDF dalam satu kenyataan berkata mereka adalah Datuk Raiha Azni, Pasukan Kepimpinan Eksekutif di Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BTC Bhd Datuk Abdul Kadir M.E. Sikkandar.

Dua lagi yang dilantik adalah Pengarah Eksekutif Everis Departmental Store Sdn Bhd Sia Tze Yong dan Timbalan Presiden Yayasan Kebajikan dan Penyelidikan Pendidikan (EWRF) A. Govindasamy.

HRDF adalah agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia, yang telah diberikan mandat oleh kerajaan untuk mengawasi pembangunan tenaga kerja tempatan yang kompeten yang akan menyumbang kepada usaha Malaysia menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi.

(Bernama)

Share
Tags: Kategori: Uncategorized

VIDEO POPULAR