Percubaan beberapa lelaki untuk menyeludup minuman beralkohol bernilai RM36,372.00 pagi tadi berjaya digagalkan apabila polis marin yang menjalankan rondaan terserempak dengan mereka di perairan Menumbok.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah, ACP Mohamad Pajeri Ali berkata rampasan itu kejayaan itu adalah hasil kejayaan unit risikan polis.

Beliau berkata walaupun kumpulan lelaki itu melarikan diri berhampiran Sungai Kampung Sarap, mereka meninggalkan barang seludup dalam sebuah lori dan van Nissan Urvan.

“Kami berjaya menumpaskan percubaan menyeludup barangan dari pulau bebas cukai pada 12.15 tengah malam dan jumlah rampasan termasuk dua kenderaan dan telefon bimbit adalah bernilai sekitar RM247,900.00,” katanya dalam satu kenyataan kepada Bernama.

(Bernama)

Share
Tags: Kategori: Tempatan

VIDEO POPULAR