Kementerian Pendidikan menyediakan pelbagai insentif bagi menggalakkan lebih ramai guru berkhidmat di luar bandar atau kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini (11 Dis).

Menterinya Dr Maszlee Malik berkata antara keistimewaan yang diberi adalah elaun khas mengikut lokasi dan kesusahan, bayaran insentif tetap perumahan, elaun balik kampung, elaun perumahan wilayah dan tambang ehsan bagi menziarahi ibubapa kandung dan mertua yang sakit atau meninggal dunia.

Jelasnya, pelbagai insentif itu diharap dapat menarik minat dan mengekalkan guru untuk berkhidmat di sekolah-sekolah pedalaman, dan seterusnya membolehkan sekolah berkenaan mempunyai guru yang mencukupi dan berkualiti untuk melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran.

(Bernama)

Share

VIDEO POPULAR