Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) baharu akan diumumkan dalam masa terdekat, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo.

Bagaimanapun, anggota Parlimen Puchong itu enggan mengulas lebih lanjut mengenai khabar angin bahawa Ketua Jabatan Hal Ehwal Korporat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Nurini Kassim bakal dilantik menjawat jawatan berkenaan. 

“Satu pengumuman akan dibuat dalam masa terdekat. Bila kita ada keputusan, kita akan buat pengumuman,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di Konvensyen DAP Selangor, di sini, hari ini (9 Dis).

Sebelum ini, sebuah portal melaporkan Nurini bakal dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Bernama yang baharu.

Selain itu, Wan Hamidi Hamid, bekas Ketua Pengarang The Rocket, akhbar rasmi milik DAP, turut dilaporkan bakal dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Bernama yang baharu.

Bagaimanapun, Wan Hamidi kemudian dilaporkan berkata beliau dimaklumkan tidak akan dilantik ke jawatan berkenaan.

Pada masa ini, Ketua Pengarang Bernama Datuk Zakaria Abdul Wahab memangku jawatan itu.

(Bernama)

Share
Tags: Kategori: Hiburan

VIDEO POPULAR