Tiga migran ditemui maut akibat kesejukan di sempadan wilayah Edirne barat laut Turki pada Selasa, memetik laporan media tempatan.

Pada awalnya Tentera Turki menemui mayat seorang warga Afghanistan berdekatan dengan kampung Serem, lapor agensi berita Anadolu. 

Dua lagi mayat ditemui kemudian di sebuah kolam pengairan di kampung Akcadam dan di zon terlarang tentera di kampung Adasarhanli.

Menurut agensi berita Xinhua, laluan di kampung Edirne mula menjadi tumpuan migran haram untuk menyusup masuk ke Greece, selepas Turki menyekat kemasukan mereka melalui Laut Aegean, di bawah kesepakatan yang ditandatangani dengan Kesatuan Eropah pada Mac 2016.

(Bernama)

Share
Tags: Kategori: Global

VIDEO POPULAR