Pemain tenpin boling negara, Muhammad Rafiq Ismail memperoleh pingat emas dalam acara perseorangan Kejohanan Boling Lelaki Dunia 2018, di Hong Kong malam ini.

Kemenangan ini menjadikan Muhammad Rafiq pemain tenpin boling negara yang pertama memenangi  acara perseorangan dalam kejohanan itu sejak 1979.

Atlet berusia 19 tahun itu yang merupakan pemenang pingat emas Sukan Asia tahun ini, menewaskan  Dan MacLelland dari Kanada 217-204 pada final.

Terdahulu dalam perlawanan separuh akhir, Muhammad Rafiq berhadapan saingan getir  semasa  menentang  pemain Amerika Syarikat, Kyle Troup sebelum memenanginya dengan 171-170.

Untuk rekod, kali terakhir Malaysia memenangi pingat emas di Kejohanan  Boling  Lelaki  Dunia  ialah  pada 1979  menerusi acara trio yang diwakili Allan Hooi, Edward Lim dan J.B. Koo.

(Bernama)

Share

VIDEO POPULAR