Juara bertahan remaja dunia, Goh Jin Wei beraksi cemerlang dengan melangkah ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Masters Korea 2018 di Gwangju, Korea Selatan, hari ini.

Pilihan ketujuh itu mengambil masa hanya 25 minit untuk menumpaskan pemain Belanda, Soraya De Visch Eijbergen 21-7 dan 21-13 pada perlawanan pusingan pertama perseorangan wanita di Gwangju Women University Stadium, menurut laman sesawang Persekutuan badminton Dunia (BWF) ww.bwfworldtour.bwfbadminton.com.

Sementara itu, bekas pemain negara, Tan Boon Heong yang berpasangan dengan Kim Sa Rang dari Korea Selatan melakar kejutan besar pada kejohanan yang menawarkan hadiah US$250,000 (RM1.050 juta) dengan menyingkirkan pilihan utama, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto dari Indonesia 21-13, 18-21 dan 21-12.

Dua pemain perseorangan lelaki negara – Lee Zii Jia dan Soong Joo Ven juga mara ke pusingan kedua selepas menewaskan lawan masing-masing.

Zii Jia menundukkan pemain Taiwan, Lin Yu Hsien 23-21 dan 22-20 sementara Soong terpaksa ke heret ke perlawanan rubber set sebelum menjinakkan Ha Young Woong 8-21, 21-12 dan 21-14.

Keputusan pusingan pertama:

Perseorangan Lelaki:

Lee Zii Jia mn Lin Yu Hsien (TPE) 23-21, 22-20

Soong Joo Ven mn Ha Young Woong (KOR) 18-21, 21-12, 21-14

Beregu Lelaki:

Kim Sa Rang/Tan Boon Heong (KOR/MAS) mn [1] Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto (INA) 21-13, 18-21, 21-12

Mohamad Arif Ab Latif-Nur Mohd Azriyn Ayub mn Bae Kwon Young-Choi Jong Woo (KOR) 15-21, 21-16, 21-18

[3] Goh V Shem-Tan Wee Kiong mn Lee Sheng Mu-Yang Po-Hsuan (TPE) 21-19, 24-22

Jung Jae Wook-Kim Hwi Tae (KOR) mn Chooi Kah Min-Low Juan Shen 19-21, 21-18, 22-20

Aaron Chia Teng Fong-Soh Wooi Yik mn Jung Jung Young-Kim Dae Eun (KOR) 21-13, 18-21, 21-19

Chen Tang Jie-Man Wei Chong mn Simon Leung Wing Hang-Mitchell Wheller (AUS) 21-12, 21-9

Perseorangan Wanita:

[7] Goh Jin Wei mn Soraya De Visch Eijbergen (NED) 21-7, 21-13

Beregu Campuran:

Kim Dukyoung-Chang Ye Na (KOR) mn Hoo Pang Ron-Cheah Yee See 21-18, 21-8

(Bernama)

Share
Tags: Kategori: Sukan

VIDEO POPULAR