Menjelang perayaan hari Krismas yang akan disambut penganut agama Kristian pada 25 Dis ini, Hotel Lexis Hibiscus Port Dickson menampilkan pelbagai aktiviti menarik termasuk hidangan bufet istimewa.

Antara pencuci mulut yang disajikan pada majlis ‘Food Review’ sempena Hari Natal di Hotel Lexis Hibiscus hari ini (28 Nov). Harga bufet istimewa di Roselle Coffee House ini berharga RM168 bagi dewasa dan RM88 bagi kanak-kanak, bagi hidangan bufet di Umi Japanese Restaurant pula berharga RM168 untuk dewasa dan kanak-kanak RM88 manakala Wave Dining berharga RM148 untuk dewasa. Kesemua bufet yang ditawarkan di ketiga-tiga restoran ini bermula dari 24 Disember hingga 25 Disember. (Foto: Bernama)

Aktiviti yang bakal menambah keceriaan bagi seluruh kaum keluarga yang berkunjung ke hotel ini bermula pada malam menjelang Krismas, pada hari Krismas sehinggalah ke parti tahun baharu yang akan diadakan pada 31 Dis di Hibiscus Walk hotel ini.

Kemeriahan sambutan Krismas diserikan lagi dengan tawaran pelbagai juadah perayaan di Roselle Coffee House, Umi Japanese Restaurant dan Wave Dining.

Pencuci mulut seperti tart buah-buahan iaitu mangga, blueberry dan lemon, English Christmas Trifle, gingerbread Creme brulee dan pate au choux menanti pengunjung ke Hotel Lexis Hibiscus. Bufet ini ditawarkan dengan harga bermula RM148 hingga RM168 bagi dewasa manakala RM88 bagi kanak-kanak. (Foto: Bernama)

Bufet istimewa dari dapur Roselle Coffee House yang disediakan pasukan kulinari terbaik Lexis Hibiscus yang diketuai Pengarah Kulinarinya Chef Ryan Poon menyajikan pelbagai hidangan termasuk hidangan ‘signature’ Krismas iaitu ayam belanda panggang.

Menurut Ryan, ayam belanda panggang menjadi pilihan untuk ditonjolkan kerana keenakan dan kelembutan daging perapan.

“Bagi penggemar daging kambing, mereka boleh menikmati juadah ini yang telah diperap bersama rosemary dan bawang putih yang mampu menambat selera pengunjung.

Antara pencuci mulut yang disajikan pada majlis ‘Food Review’ sempena Hari Natal di Hotel Lexis Hibiscus hari ini.
Bufet ini ditawarkan dengan harga bermula RM148 hingga RM168 bagi dewasa manakala RM88 bagi kanak-kanak. (Foto: Bernama)

“Turut disediakan juadah tempatan seperti sate, nasi ayam hainan, rendang daging, nasi daun keladi klasik, lasagna sayuran dan pelbagai lagi,” katanya kepada pemberita di sini.

Sebagai pelengkap, Ryan berkata pencuci mulut seperti tart buah-buahan iaitu mangga, blueberry dan lemon, English Christmas Trifle, gingerbread Creme brulee dan pate au choux menanti pengunjung.

Pengarah Kulinari Hotel Lexis Hibiscus Chef Ryan Poon menunjukkan sebahagian hidangan istimewa pada majlis ‘Food Review’ kepada media sempena Hari Natal di Hotel Lexis Hibiscus hari ini.
Pelbagai aktiviti ditawarkan kepada pengunjung hotel bermula pada malam menjelang Krismas, pada Krismas sehinggalah ke parti tahun baharu yang akan diadakan pada 31 Disember di Hibiscus Walk hotel ini. (Foto: Bernama)

Harga bufet istimewa di Roselle Coffee House ini berharga RM168 bagi dewasa dan RM88 bagi kanak-kanak, bagi hidangan bufet di Umi Japanese Restaurant pula berharga RM168 untuk dewasa dan kanak-kanak RM88 manakala Wave Dining berharga RM148 untuk dewasa.

Kesemua bufet yang ditawarkan di ketiga-tiga restoran ini bermula dari 24 hingga 25 Dis.

Selain itu, suasana di lobi hotel akan dihiasi dengan pembinaan replika Rumah Roti Halia (Gingerbread House) yang menempatkan manisan seperti gula-gula, coklat dan hamper Krismas bermula 3 Dis hingga 3 Jan 2019.

Majlis menyalakan lampu pokok Krismas di kawasan letak kereta dan program tanggungjawab sosial korporat dengan meraikan kanak-kanak daripada Persatuan Kebajikan Shemariah, Kuala Pilah akan diadakan pada 7 Dis pukul 7.30 malam.

(Bernama)

Share

VIDEO POPULAR