Gempa bumi berukuran 5.9 magnitud melanda pantai timur utara Wilayah Aomori, lapor agensi berita Xinhua.

Menurut Agensi Meteorologi Jepun (JMA), pusat gempa terletak di 41.3 darjah utara dan 143.3 darjah timur dengan kedalaman “agak cetek.” 

Gempa pada 11.23 pagi waktu tempatan (0223 GMT) itu mencatat tiga skala intensiti seismik Jepun yang mencapai skala maksimum tujuh di wilayah Aomori dan Hokkaido, serta kawasan sekitarnya.

Tiada kerosakan atau kecederaan dilaporkan termasuk di loji tenaga nuklear, namun kemungkinan terdapat sedikit perubahan paras laut di kawasan pantai.

(Bernama)

Share
Tags: Kategori: Global

VIDEO POPULAR