Menteri Kewangan Lim Guan Eng menasihatkan semua pihak yang ingin memperkenalkan teknologi kewangan baharu seperti Bitcoin dan Kriptokurensi (cryptocurrency) agar rujuk semula kepada Bank Negara.

Beliau berkata Bank Negara berkuasa untuk mengeluarkan kata putus mengenai sebarang mekanisme kewangan.

“Janganlah kita buat sesuatu yang mungkin hadapi masalah. Kita (kerajaan) tidak halang tetapi tertakluk kepada peraturan sedia ada. Sila rujuk Bank Negara,” katanya ketika persidangan Dewan Rakyat di Parlimen, hari ini

(Bernama)

Share

VIDEO POPULAR