Beberapa kawasan di Seremban, Port Dickson dan Rembau akan mengalami gangguan bekalan air sehingga esok berikutan kejadian tebing runtuh di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Linggi Khamis lepas, kembali berulang pada hari ini.

Ketua Bahagian Perhubungan Awam Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (Sains) Norzita Ismail dalam kenyataan di sini berkata penutupan LRA berkenaan akan mengakibatkan gangguan lebih 48 jam di kawasan terbabit.

Kawasan terlibat di Seremban iaitu Taman Pinggiran Senawang, Sekolah Dato Abdul Razak, RTM, Ladang Batu 11, Kilang GMP, Hentian R&R Senawang, Senawang Perdana, Taman Ulu Lalang, Kampung Solok, Kampung Ribu, Kampung Sega Ulu, Kampung Sega Hilir, Jalan Kuala Sawah, Kampung Nyatoh, Rumah Rakyat Nyatoh, Kampung Belangkan, Industri Nilam Ribu.

Turut terjejas, Taman Bandar Ekar, Pekan Rantau, Kampung Takau, Kampung Pening, Kampung Kancong, Taman Rantau, Jalan Air kuning, Taman Permata, Kampung Siliau Hulu, Kampung Siliau Hilir, Kampung Sungai Sendayan.

Manakala di Port Dickson Golf and Country Club, PD Perdana, Desa Lagun Resort, Kem-kem Batu 5 Jalan Pantai, Selesa Beach Resort, Kem-kem Batu 4 Jalan Pantai, Hotel Seri Malaysia, Hotel Avillion, Hotel Risda, Kilang Cabot, Hotel Corus, Hotel Sunshine Bay, Sekolah SDASA, Petron Refinery, Shell Refinery (Line 1 dan 2), Pusat Hemodialisi Batu 1 Jalan Pantai, seluruh kawasan PD Water Front dan pekan Port Dickson.

Selain itu, TNB (Tuanku Jaafar), Hotel Leparis, Klinik Kesihatan (Hospital Lama), Seafront Hotel, Hotel Lexis, Glory Beach Resort, Hotel Grandpa Dataran Segar, Seluruh kawasan pekan Lukut sehingga seluruh kawasan Spring Hill, Kualiti Alam dan Jimah Power Plant.

Turut terjejas, Escort Estet, kampung Sawah Sunggala, Bandar Sunggala, Kawasan Taman Sirusa Jaya Batu 6 Jalan Pantai, Seluruh Kawasan Batu 5 Jalan Pantai, Kampung Baru Sirusa, Jalan Sua Betong, Taman Desa PD, Kampung Barisan, Kawasan Air Kuning sehingga kawasan Tampin Linggi.

Dari kawasan batu 4 Jalan Pantai, Kampung Bagan Pinang, Taman PD Utama, Taman Raja Zainal, Taman Too Kee Kah, Transit Kuaters, Jalan Shell Refinery, Happy Garden, Batu 1 Pantai sehingga seluruh kawasan Pekan PD, Kampung Chokra, Taman Muhibah, Taman Puteri, Kampung Arab, Taman PD Akasia, Kampung Air Meleleh, Kampung Gelam, Taman PD Tropika, Taman Sri Mawar, Jalan Bypass, Kampung Paya, Tanjung Gemok, Taman Kiara, Taman Sri Intan, Taman Ria, Taman Negeri Lama dan Baru, Taman Pantai Mas, Kampung Kuala Lukut, Bandar Dataran Segar.

Taman Sentosa Lama dan Baru, Taman PD Jaya, Taman Naga, Taman Indah Baru, Taman Bandar Baru, Taman Indah Wang, Taman Aman, Taman Bukit Tinggi, Rumah Rakyat Pekan Lukut, Taman Desaru, Sri Parit, Taman Indah Jaya, Perindustrian Lukut Indah, Taman Wawasan, Taman Jaya, Taman Indah Jaya, Taman Tun Sambathan.

Bukit Palong, Perindustrian Bukit Palong, Taman Lukut Makmur, Taman D’ Pinggiran Ambang Kota, Perindustrian Perdana Bukit Palong, Kebun Jimah, Jimah Lama, Kampung Cina Site C Tanah Merah, Taman Jimah Jaya, seluruh Kawasan Bukit Pelandok, seluruh kawasan Chuah.

Sementara itu, di Rembau melibatkan Taman Chembong Utama, IPD Chembong, Sekolah Teknik Chembong, Ladang Batu Hampar, Halal Park, Highway Pedas, Merbau 9, Kampung Pedas batu 4 (kanan-kiri), Taman Pinggiran Pedas, Kampung Minching Lama, Taman Pedas Indah, ILP Pedas, Kampung Sungai Ibor, Kampung Seberang Batu 2, Sekolah Kebangsaan Pedas, Kampung Seberang Batu 1, Kampung Sungai Batu, Kampung Sungai Lalah, Taman Pedas Perdana.

Jalan mungkal, Jalan TokNara, Jalan Ampang Batu, Jalan Mungkal Tobek, Jalan Tok Menteri, Jalan Tok Samad, Jalan Bunga Raya, Jalan Dato’ Keramat, Taman Exora dan Kundur.

Pelanggan yang memerlukan bantuan boleh menghubungi Sains di talian bebas tol 1-800-88-6982.

“Sains bersedia menghantar bantuan bekalan air melalui lori tangki dan tangki statik di kawasan-kawasan terlibat gangguan,” katanya.

(Bernama)

Share

VIDEO POPULAR