Kor Agama Angkatan Tentera (Kagat) hari ini menerima pensijilan MS ISO 9001 : 2015 daripada Sirim bagi meningkatkan keberkesanan dan kecekapan pengurusan kerja Kagat.

Ketua Pengarah Kagat, Mejar Jen Datuk Kamarudin Mamat berkata pensijilan ISO itu bertujuan memastikan piawaian berkenaan dipatuhi semua sel di Kagat, sekali gus membekalkan pendidikan dan perkhidmatan keagamaan berkualiti kepada warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Dengan adanya sijil ISO, ia akan membuatkan Kagat lebih efisien dari segi sistem pengurusan strategik dan pemantauan Kagat,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat ATM di Masjid Khalid Al-Walid di sini.

Majlis diteruskan dengan forum khas Maulidur Rasul yang dijayakan dua panel – Kamarudin dan Dr Roslan Mohamad yang membincangkan tajuk ‘Rasulullah Pemimpin Ummah’.

Turut hadir Ketua Staf Markas ATM Left Jen Datuk Kamalruzaman Mohd Othman yang mewakili Panglima ATM Jen Tan Sri Zulkfifli Zainal Abidin.

(Bernama)

Share

VIDEO POPULAR