Kementerian Pengangkutan akan mempertimbangkan untuk memasang kamera litar tertutup (CCTV) terhadap kenderaan berat termasuk lori bagi mengurangkan kemalangan melibatkan kenderaan itu.

Menterinya Anthony Loke berkata langkah itu adalah berikutan kementerian akan mewajibkan pemasangan CCTV pada semua bas baru selain meningkatkan kebajikan pemandu bas bermula 2020.

Dalam pada itu, katanya, kerajaan juga sedang mengkaji untuk melaksanakan ujian saringan air kencing terhadap pemandu lori pada tahun depan bagi mengurangkan kemalangan melibatkan kenderaan berat itu.

(Bernama)

Share

VIDEO POPULAR