Katanya sokongan yang diberikan perlu mengambil kira perkara lebih besar, membabitkan perkhidmatan dan manfaat yang dibawa kepada kaum minoriti itu. “Jangan kerana seseorang itu datang sebagai Yang Berhormat (pemimpin) bawa beras, minyak masak dan sebagainya kita bagi sokongan membuta tuli. “Selain itu, kalau kami buat kebaikan sokong kami bukan kerana semata-mata kami kerajaan, kerana kami lakukan benda baik untuk rakyat. Begitu juga ketika kami lakukan kesalahan, tegurlah kami,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Tok Batin Orang Asli dan Meraikan Atlet Sukan Malaysia Orang Asli Perak di sebuah hotel di sini malam ini yang turut dihadiri lebih 500 individu.

Pada masa sama beliau berkata Orang Asli juga harus melakukan perubahan mengikut peredaran zaman dan tidak terlalu bergantung pada bantuan. Sehubungan itu katanya, Orang Asli perlu menitikberatkan soal pendidikan bagi anak-anak mereka.

“Bagi saya, ini sahaja cara untuk kita berubah dan keluar daripada kepompong kemiskinan,” katanya.

(Bernama)

Share

VIDEO POPULAR