Dalam usaha mengurangkan kejadian lemas, di pantai Queensland, Australia akan memperkenalkan perkhidmatan WiFi percuma pada musim panas ini.

Pasukan penyelamat pantai Queensland, Surf Life Saving berkata pada Jumaat ia akan dilaksanakan secara percubaan dan percuma tanpa had yang disediakan di pantai terpilih, terutamanya di kawasan antara zon merah dan zon kuning.

Menurut agensi berita Xinhua, anggota penyelamat pantai berdepan kesukaran untuk memastikan perenang kekal dalam kawasan di zon tidak berbahaya.

Perkhidmatan WiFi diharap menarik lebih ramai kekal di kawasan tidak berbahaya. 

Makluman secara langsung dalam pelbagai bahasa turut disediakan termasuk bahasa Inggeris, Arab, Hindi, China, Jepun dan Thai.

Sejak beberapa dekad lalu, terdapat 75 kes lemas di pantai Queensland, 31 daripadanya melibatkan pelancong antarabangsa atau migran. 

(Bernama)

Share
Tags: Kategori: Global

VIDEO POPULAR