Bank Islam Malaysia Bhd (Bank Islam) memperuntukkan RM230,000 pada tahun ini untuk melaksanakan inisiatif Amal Ihtimam Pendidikan – Jom Ke Sekolah yang akan diadakan di seluruh Sarawak.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam, Mohd Muazzam Mohamed berkata menerusi program ini 200 pelajar asnaf terpilih dari Kuching menerima bantuan kelengkapan sekolah baharu.

“Bagi menghadapi sesi persekolahan tahun 2019, 400 pelajar asnaf di Manjung, Perak; Kota Bahru, Kelantan; Johor Bahru dan Kuala Lumpur turut menerima bantuan tersebut,” katanya semasa berucap pada majlis penyerahan sumbangan pendidikan itu di sini hari ini.

Tambahnya inisiatif ini merupakan satu wadah untuk berkongsi rezeki dan kemakmuran di kawasan-kawasan tertentu bagi membantu mengurangkan bebanan keluarga yang kurang berkemampuan.

(Bernama)

Share

VIDEO POPULAR