Tidak dibenarkan kapal perang di perairan ASEAN, namun bot kecil mungkin boleh, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Amerika Syarikat hari ini.

“Jika strategi itu tidak melibatkan penghantaran ‘The Seventh Fleet’di kawasan berkenaan, kita akan menyambut baik perkara itu,” katanya ketika ditanya mengenai pemahaman dan harapan ASEAN terhadap strategi Indo-Pasifik Amerika Syarikat.

Ketika berucap pada sisi Persidangan ASEAN 2018, beliau berkata Malaysia menyatakan pendiriannya bahawa lautan di sekitar rantau ASEAN hendaklah bebas daripada kapal perang yang besar.

“Bot peronda yang kecil diperlukan untuk membendung terutama lanun, tetapi kapal perang yang besar boleh menyebabkan insiden dan seterusnya mewujudkan ketegangan,” katanya.

‘The Seventh Fleet’ ialah kapal bernombor (satu pembentukan tentera) bagi Tentera Laut Amerika Syarikat. Ia sebahagian daripada Pacific Fleet Amerika Syarikat.

(Bernama)

Share

VIDEO POPULAR