Enam orang terbunuh apabila sebuah bas merempuh sebuah beca di Digos City yang terletak di selatan wilayah Davao del Sur, Filipina pada Rabu, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan polis tempatan.

Nahas itu berlaku apabila bas terbabit melewati Lebuhraya Pan-Filipina berhampiran Kampung Cogon di Digos City sebelum merempuh sebuah beca yang menyeberangi satu persimpangan pada kira-kira pukul 6 pagi waktu tempatan, kata Ketua Polis Wilayah Penguasa Kanan Alan Manibog.

Pemandu beca dan empat penumpangnya, termasuk tiga kanak-kanak, maut di tempat kejadian. 

Mangsa keenam meninggal dunia di hospital.

Pemandu bas terbabit telah ditahan bagi membantu siasatan.

(Bernama)

Share
Tags: Kategori: Global

VIDEO POPULAR