Sekumpulan pelajar Sarjana Muda Undang-undang (LLB) University Malaya (UM) muncul juara pada Pertandingan Moot Antarabangsa LAWASIA ke-13 yang diadakan awal bulan ini.

Pasukan UM itu, yang dianggotai Lily Sabreena Mastura, Lee Suan Cui dan Nur Aliya Ayob di bawah bimbinganan Raphael Kok, dinobatkan sebagai johan setelah mengalahkan pasukan dari National University of Singapore (NUS) pada pusingan akhir.

Pasukan UM itu, yang dianggotai Lily Sabreena Mastura, Lee Suan Cui dan Nur Aliya Ayob di bawah bimbinganan Raphael Kok, dinobatkan sebagai johan setelah mengalahkan pasukan dari National University of Singapore (NUS) pada pusingan akhir. (Foto: LAWASIA Moot Committee)

Acara berlangsung dari 1 hingga 5 Nov di Siem Reap, Kemboja.

Dalam kenyataan di sini hari ini, UM berkata pasukan itu mendahului kedudukan pada pusingan awal dan suku akhir setelah mengetepikan India, Jepun, United Kingdom dan China serta pasukan pesaing mereka dari Malaysia.

“Lily Sabreena juga muncul sebagai naib johan Mooter Terbaik pada pertandingan itu,” katanya.

Pemenang, Nur Aliya, Lily  dan  Lee Suan Cui (Foto: LAWASIA Moot Committee)

Pertandingan Moot Antarabangsa LAWASIA merupakan acara tahunan sebagai pengiktirafan terhadap kepentingan mooting sebagai proses latihan sistematik dalam menyelesaikan masalah, membuat analisis undang-undang, merangka penghujahan undang-undang dan pengucapan awam,” kata kenyataan itu.

Pertandingan tahun ini, yang mengetengahkan isu perdagangan antarabangsa, undang-undang perdagangan dan undang-undnag kontrak, menarik penyertaan sekolah undang-undang dari Malaysia, Singapura, United Kingdom, Vietnam, India, Jepun, Sri Lanka dan China.

(Bernama)

Share

VIDEO POPULAR